SEJARAH PENUBUHAN       

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SOGA


Memandangkan pelajaran amat perlu bagi insan yang hidup di muka bumi ini, maka penduduk di sekitar kawasan ini khasnya Kampung Parit Besar, Mukim V, Batu Pahat telah mengadakan permuafakatan yang diketuai oleh Ketua Kampung Tuan Haji Maskam b. Abd. Rashid untuk mendirikan sebuah sekolah untuk kepentingan anak-anak Kampung Parit Besar Batu 2, JaIan Kluang, Batu Pahat dan sekitarnya. Dalam permuafakatan itu, beberapa cadangan telah dikemukakan, diantaranya mahukan supaya bangunan sekolah ini didirikan di Kampung Beroleh, diatas tapak tanah yang akan diserahkan kepada kerajaan. Tetapi
memandangkan pada masa itu, sebuah kem tentera berada di batu 2, Jalan Kluang, iaitu di hadapan Kampung Parit Besar, maka kebanyakkan
penduduk berpendapat sangat elok kiranya tapak sekolah itu dibina
berhampiran dengan kem tersebut dan menghadap ke Istana Hinggap Sultan Johor.

Akhirnyn mereka sependapat sekolah akan didirikan di tempat tersebut iaitu bertentangan dengan kem tersebut dengan alasan di situ ada sekeping tanah kerajaan anugerah dari Sultan Johor dianggarkan mencukupi untuk didirikan sebuah bangunan sekolah. Dengan ini terbinalah sebuah sekolah di kawasan ini pada tahun 1921.

ASAL SEKOLAH

1. Sekolah Melayu Bukit Soga didirikan pada tahun 1921 di atas tanah no lot. 4079. Sekolah ini terletak di Jalan Kluang, kira-kira 2 batu dari pusat bandar Penggararn, Batu Pahat. Bangunan sekolah ini terdiri dari bangunan kayu beratapkan nipah. Luas bangunan ini ialah 30' x 40' dengan sebuah rumah guru. Bangunan ini di buat secara gotong royong oleh penduduk kampung Parit Besar dan sekitarnya. Turut sama menyumbangkan tenaga dalam gotong -royong ini ialah Askar Timbalan Setia Johor. Pada masa ini seramai 30 anak-anak tempatan telah mula bersekolah. Tenaga pengajarnya seramai 2 orang, termasuk guru besarnya En.Harun Bin Hj. Asari.

2. Pada tahun 1934 , bangunan yang sedia ada ini telah dirobohkan dan
diganti dengan bangunan baru . Bangunan kayu dan beratapkan abstos
berukuran 30'x 90' dengan sebuah bilik air dan 2 buah tandas.Dengan ini
nama sekolah juga telah ditukar dari Sekolah Melayu Bukit Soga kepada
Sekolah Umurn Bukit Soga. Ramai murid pada masa itu sudah meningkat kepada 62 orang yang umumya antara 12 hingga 16 tahun. Pada tahun 1980 sekali lagi sekolah ini di ubah namanya kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Soga, dengan murid seramal 200 orang dan 9 orang guru.

3.Pada tahun 1966, Sekolah Kebangsaan Bukit Soga telah ditambah lagi
dengan 2 buah bangunan baru berukuran 30'x 130' dan 30'x 80'. Kemudahan lain turut diperolehi sepenti kantin,10 buah tandas murid,dan 2 buah tandas guru serta sebuah bilik air. Jumlah murid pada masa ini ialah 380 orang dan gurunya seramai 17 orang. 4. Satu sejarah besar berlaku di sekolah ini iaitu Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Bukit Soga pada tanggal 7 Oktober 1968 oleh YB. En.Khair Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.

5.Pada tahun 1989 bangunan Sekolah kebangsaan Bukit Soga telah ditambah lagi dengan satu blok bangunan batu dua tingkat lengkap dengan bilik-bilik keperluan lain, elektrik serta perabut.Diantara kelengkapan -kelengkapan yang diperolehi:

5.1. 3 buah bilik darjah

5.2. Bilik Pejabat dan bilik Guru Besar

5.3. Bilik Pusat sumber

5.4 Bilik Tayang

5.5. Bilik Sembahyang

5.6. Bilik Pemulihan

5.7. Tandas guru dan murid

5.8. Stor buku teks.

Bangunan ini dianugrahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dibina oleh JKR Batu Pahat dengan arahan Jabatan Pelajaran Johor.

Pada hari ini (1997) Sekolah Kebangsaan Bukit Soga telah berusia 76 tahun. Semantara murid telah bertambah kepada 740 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 35 orang guru, 1 orang pembantu tadbir, 1 orang pembantu am rendah dan 4 orang pekeria rendah awam . Sekolah ini telah dapat mengeluarkan cendikiawan-cendikiawan yang berjaya dan ternama diseluruh negara. Harapan kita agar sekolah ini akan terus mengeluarkan lebih ramai lagi bijak pandai di serba bidang.

Selamat Maju Jaya SK.Bukit Soga.

SEJARAH PENUBUHAN H KBAAAN BUKIT SOGA


backjpg.JPG (2886 bytes)